Filled Under:

Sicomel Anak Lisa Dan Yusry , Akhirnya MEREKA Berkongsi Dengan Peminat WAJAH Puteri Kesayangan Mereka




Terdahulu kecoh dalam kalangan netizen apabila ada yang mempertikaikan bila pasangan Lisa Surihani dan Yusry mengambil keputusan untuk tidak berkongsi gambar anak mereka di media sosial buat tatapan umum. Sebagai peminat, sudah tentunya ramai yang menanti kedua pasangan ini untuk berkongsi gambar anak mereka.

Dan kini segala penantian peminat Lisa dan Yusry untuk melihat cahaya mata yang selamat dilahirkan pada 15 September tahun lalu termakbul apabila Yusry telah berkongsikan gambar cahaya mata mereka, Yahaira Leanne di laman Instagramnya. Gambar tersebut dimuat naik sempena sambutan hari lahir Yusy KRU yang ke 43 tahun.





Melalui perkongsiannya di laman sosial itu, Yusry menjelaskan bahawa sambutan hari lahirnya pada tahun ini lebih bermakna kerana ia berkongsi tarikh yang sama Yahaira berusia sembilan bulan. Malah Yusry turut menghargai isterinya, Lisa Surihani di atas sambutan hari lahir yang paling bermakna itu.




Sebelum ini, Yusry dan Lisa pernah memberitahu bahawa mereka tidak mahu memuatnaik gambar Yahaira kerana bimbang akan disalah guna. Apa pun, semoga pasangan ini akan terus kekal bahagia lebih lebih lagi dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka ini.