Filled Under:

Seminggu Sebelum Kahwin , Rasa Macam Ada Je Orang Acah Perengat Bagi Kita Tak Jadi Kahwin , Padahal Bukan Ada Orang Ketiga Pun


Kebanyakan pasangan ingin berumah tangga sebelum tu mesti akan lalui fasa dalam pertunangan. Ada juga pasangan yang terus bernikah.. Tapi tu hak masing-masing. Kalau dah bersedia apa salahnya kan?

Tapi bila bertunang ni banyak cabaran yang perlu dilalui baik dari side lelaki atau pun wanita. Kalau difikirkan memang gerun gila. Kali ni kami nak kongsi kisah wanita ni bercerita mengenai pengalaman ketika dalam tempoh bertunang.


‘Bila lagi seminggu nak kawen, pandang pun takmau’
 
Masa bertunang, kita mostly kerap bergaduh, kerap rasa nak marah, kadang kadang ada setengah pasangan sampai nak putus tunang, tak nak kahwin. Rasa macam ada orang nak perangat bagi kita tak jadi kahwin kan? Padahal bukan ada orang ketiga pun, tapi ada makhluk ketiga. Biasalah, masa bercouple, makhluk ketiga ni kemain bagi nampak segala perhiasan kat kekasih hati kita yang bukan muhrim bagi nampak cantik, wangi, sampai rasa kalau tak pegang tangan dia tu rugi alahai. Bila lagi seminggu nak kawen, pandang pun takmau. Rasa meluat macam mana tah.

‘Trust Allah, kalau jodoh tu dah sampai, pasti akan sampai’
 
Kenapa? Sebab syaitan takmau kita bina masjid. Benda yang baik, depa pun hangat la, so depa pun usaha la nak hancoqkan sebelum masjid terbina. Sebab bila dah terbina, makin susahlah para para syaitan ni nak robohkan masjid yang dah terbina dengan kukuhnya. Trust Allah, kalau jodoh tu dah sampai, pasti akan sampai. Dugaan sikit ja tu, kata hati negatif tu setan ja tu. Jangan ikutkan sangat. Boleh rasa beza hati tu sebelum dan selepas diijabkabulkan ?? Insya’allah… Asalkan suami mampu bimbing kita dan imamkan kita.

Sumber: Shazreen Fazlynda