Filled Under:

Gadis Bungge Jump Tanpa Seurat Benang Cetus Kemarahan Orang Ramai , Adess ! Camne lah Rupa Tak Berbaju Terbang2 Kat Udara .. Seram Nak Tengok!




THAILAND - Seorang gadis yang berasal dari Hong Kong membuat terjunan bungee tanpa seurat benang di Chiang Mai mengundang kemarahan rakyat di negara itu setelah videonya itu tersebar di laman sosial media negara itu, pada awal bulan Mei.


Lapor China News, gadis berusia 17 tahun itu mendakwa dirinya seorang model di Hongk Kong dan menjadi tugasnya untuk merakam video terjunannya tanpa seurat benang.


Gadis itu pada mula hanya berbikini berwarna hitam kelihatan bersedia untuk melakukan terjunan itu. Bagaimanapun, gadis itu telah membuka kesemua pakaiannya sebelum terjun.


Manakala, rakannya di bawah pula membantu merakam gambar dan video dirinya melakukan terjunan b0gel tersebut.


Chiang Mai antara bandar di Thailand yang dikenali dengan kaya budaya dan sejarah itu serta pihak berkuasanya melarang keras perbuatan seperti itu kerana bimbang akan menjejaskan imej bandar itu.


Setelah isu itu mendapat banyak perhatian netizen, polis tempatan menjalankan siasatan terhadap syarikat yang menyediakan khidmat Bungee Jump tersebut.


Bancha Chulakul, pekerja yang terlibat pada hari kejadian itu mengakui bahawa perkara itu berlaku pada 6 Mei yang lalu.


Bancha bagaimanapun memohon maaf di atas tindakannya itu. Katanya, dia tidak menyangka bahawa video itu akan menjadi viral di media sosial. Bancha berjanji perkara seumpama itu tidak akan berulang lagi di masa akan datang.


Bancha ditahan reman oleh pihak polis dan dibebaskan dengan denda 1,000 baht.


Gadis Hong Kong itu pula dilaporkan telah meninggalkan negara itu. Namun, pihak polis tetap mahu menjejaki gadis itu dengan menggunakan bantuan Konsulat Thailand di Hong Kong dalam usaha menghalang gambar dan video terjunan 'b0gel' itu dimuat naik ke laman sosial.